Kursus Tropical Basic Offshore Safety
Induction and Emergency Training
(T-BOSIET)

Kursus T-BOSIET (Tropical Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training) adalah latihan keselamatan wajib bagi individu yang ingin bekerja di platform luar pesisir.
 
Ia penting untuk memastikan mereka memahami langkah keselamatan dan tindakan kecemasan semasa bekerja di persekitaran laut.
 
Berikut adalah senarai individu yang benar-benar sesuai menyertai kursus ini:
 

1. Pekerja Industri Minyak & Gas Luar Pesisir,

  • Jurutera
  • Juruteknik
  • Krew penggerudian
  • Penyelia tapak projek luar pesisir
  • Jurukimpal
  • Jurugegas
  • Welding Inspector
  • Dan seluruh jawatan teknikal yang berkaitan kerja-kerja di pelantar minyak
 
2. Kontraktor & Subkontraktor Projek Luar Pesisir
  • Individu yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan, dan pembaikan platform minyak & gas.
 
3. Juruselam Komersial
  • Juruselam yang melakukan kerja menyelenggara dasar laut dan platform luar pesisir.
 
4. Penyedia Perkhidmatan Sokongan Luar Pesisir
  • Kru kapal penyedia logistik
  • Juruteknik penyelenggaraan helikopter dan kapal
 
5. Individu yang Baru Mendapat Tawaran Kerja di Platform Luar Pesisir
  • Fresh graduates yang mendapat tawaran pekerjaan dalam industri minyak & gas luar pesisir.
 
6. Pegawai Keselamatan dan Pasukan Kecemasan Luar Pesisir
  • Pegawai keselamatan
  • Pasukan kecemasan dan penyelamat di tapak luar pesisir
 
7. Pemeriksa & Auditor Keselamatan Luar Pesisir
  • Pemeriksa yang perlu menjalankan audit keselamatan di platform minyak & gas.
 
8. Individu yang mempunyai Kompetensi, Pengalaman dan Skill yang telah membuat perancangan teliti untuk bekerja di pelantar minyak.
 
Individu Yang Tidak Sesuai:
 
  • Orang yang tiada kaitan dengan kerja di laut.
  • Pekerja darat yang tidak melibatkan tugasan luar pesisir.
  • Individu yang hanya ingin menambah sijil tetapi tidak mempunyai hala tuju kerjaya dalam industri luar pesisir.
  • Tiada sebarang perancangan, kompetensi, pengalaman dan skill.
 
Kesimpulan:
Kursus T-BOSIET adalah pelaburan masa dan wang yang penting hanya jika seseorang merancang untuk bekerja atau sudah bekerja dalam sektor luar pesisir seperti minyak & gas, pembinaan marin, dan logistik laut.
 
Usah risau sekiranya anda belum berkelayakan tetapi amat berminat menceburi bidang pekerjaan di Pelantar Minyak kerana anda boleh memulakan langkah daripada sekarang mendapatkan aset berikut:
 
1.Latihan Kemahiran TVET
 
2.Membina Pengalaman Kerja & Skill
 
3.Mendapatkan Kompetensi Yang Diiktiraf Peringkat Nasional & Antarabangsa
 
4.Jaringan Rakan-rakan Industri Yang Strategik
 
Yuran untuk kursus selama 3 hari:
RM1885.68
 
Sila rujuk pada ruangan kalendar> pada laman sesawang ini untuk jadual kursus yang terkini.
 
Untuk maklumat lebih lanjut tentang T-BOSIET, hubungi kami:

Perniagaan Kami

Berkuasa Tenaga Wilayah Resources

Ssm No: 201303081838 (SA0254407-P)           
No cukai: IG 22849991070

Phone: +6017-886 2316

WhatsApp: +6017-886 2316

Email: berkuasatenaga@gmail.com

Address : No. 1774, Jalan Permata 7, Taman Permata, Ampang Jaya, 53300 Kuala Lumpur.

goldhand.my @ 2026 Berkuasa Tenaga Wilayah Resources SA0254407-P