Gold Hand ialah sebuah platform inovatif yang menghubungkan keperluan industri dengan individu yang ingin meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi mereka.
Melalui pendekatan berasaskan permintaan, Gold Hand menyediakan latihan yang dirangka khusus berdasarkan keperluan sebenar industri yang berpotensi, memastikan setiap peserta latihan memperoleh kemahiran relevan yang dapat digunakan secara praktikal.
Platform ini bertindak sebagai jambatan antara penyedia latihan berkualiti, industri yang memerlukan tenaga kerja terlatih, dan peserta yang mencari peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah. Dengan sokongan modul latihan yang terkini dan bimbingan pakar industri, Gold Hand membantu menghasilkan tenaga kerja yang bersedia untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Gold Hand bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk belajar, tetapi juga membantu mereka menjadi aset penting kepada industri, menjadikan platform ini pilihan utama bagi mereka yang ingin berjaya dalam kerjaya.
Founder
CEO
Industri Dan Hubungan Antarabangsa
Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran
Membangun bersama Negara Malaysia bagi kemajuan Pendidikan Kemahiran Dan Ekonomi Tanpa Meninggalkan Kesan Negatif Kepada Alam Sekitar, Manusia Dan Seluruh Alam.
Perniagaan Yang Lestari Serta Berkemampuan, Cekap, Berkemahiran Tinggi, Pakar Dan Mencipta Sesuatu Yang Bermanfaat Untuk Manusia Dan Alam Dari Segi Sains Dan Teknologi Moden
KAMI,
RAKYAT MALAYSIA YANG MERDEKA
DAN BERWAWASAN,DENGAN TULUS DAN SUCI HATI BERIKRAR, MEMANTAP DAN MEMPERKUKUHKAN MARUAH DAN INTEGRITI KAMI, KELUARGA DAN MASYARAKAT,AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KAMI
KE ARAH ITU, KAMI BERIKRAR :
MEMATUHI SEPENUHNYA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANDAN UNDANG-UNDANG;
MEMATUHI DAN MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA;
MEMPERTINGKATKAN INTEGRITI DENGAN
MENGAMALKANNILAI-NILAI MURNI DAN BERETIKA;
BEKERJSAMA SEPENUHNYA DENGAN MANA-MANA PIHAKUNTUK MENCEGAH
SEBARANG PERLAKUAN JENAYAH,
SALAHLAKU DAN PERBUATAN TIDAK BERINTEGRITI;
MENYOKONG DAN BEKERJASAMA
BAGI MENGAMBILTINDAKAN TEGAS
TERHADAP MEREKA YANG MENGGUGAT
INTEGRITI MASYARAKAT DAN NEGARA;
DAN
MEMBUDAYAKAN INTEGRITI
SEBAGAI AMALAN HIDUP HARIAN SECARA INDIVIDUDAN BERPASUKAN
Kami di GOLD HAND sedaya upaya melaksanakan,
menyediakan dan mengamalkan sepenuhnya amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran untuk semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program Latihan Kemahiran anjuran GOLD HAND.
Bagi mencapai memenuhi kehendak di atas, GOLD HAND akan:
1. Mematuhi semua keperluan undang-undang Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran tata amalan Industri yang di tetapkan oleh undang-undang Malaysia.
2. Memastikan semua pihak terlibat dalam Penganjuran Program Latihan Kemahiran GOLD HAND diberikan maklumat, panduan, latihan dan penyeliaan cara melaksanakan amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran.
3.Berusaha mencegah semua kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penularan penyakit
berjangkit.
4.Bertanggungjawab menggalakkan semua pihak yang terlibat dalam Penganjuran Program Latihan Kemahiran GOLD HAND secara aktif melaksanakan amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran.
5.Menyediakan maklumat dan panduan rujukan tepat berkenaan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran di tempat Latihan Kemahiran GOLD HAND.
GOLD HAND komited untuk menjalankan perniagaandengan standard tadbir urus terbaik dan integriti tertinggi.
GOLD HAND mewujudkan Polisi Hadiah ini untuk memastikan Warga GOLD HAND mematuhi Kod Etika Perniagaan Kumpulan GOLD HAND dalam memberi atau menerima Hadiah di dalam dan di luar premis kerja.
Polisi Hadiah ini memerlukan Warga GOLD HAND untuk mengamalkan standard etika dan tatalaku tertinggi dalam semua perkara apabila berurusan dengan pihak ketiga untuk mengekalkan kerja beretika dan hubungan perniagaan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan atau kelihatan seperti ada konflik kepentingan.
Semua Warga GOLD HAND tidak dibenarkan memberi atau menerima sebarang Hadiah secara langsung atau tidak langsung.
Polisi Hadiah ini hendaklah dibaca bersama-sama KOD Etika Perniagaan Kumpulan GOLD HAND dan Polisi Antirasuah GOLD HAND.
Sebarang pelanggaran Polisi
Hadiah ini akan juga menjadi pelanggaran kepada Kod Etika Perniagaan Kumpulan GOLD HAND dan Polisi Antirasuah GOLD HAND.
INTEGRITI….. Kami mengamalkan standard Integriti tertinggi
Gold Hand
Komited untuk menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.
Tiada toleransi terhadap rasuah, sogokan, atau penyalahgunaan amanah.
Setiap urusan dijalankan dengan telus, berintegriti, dan berlandaskan undang-undang.
“Integriti Amalan Kami”
Berkuasa Tenaga Wilayah Resources
Ssm No: 201303081838 (SA0254407-P)
No cukai: IG 22849991070
Phone: +6017-886 2316
WhatsApp: +6017-886 2316
Email: berkuasatenaga@gmail.com
Address : No. 1774, Jalan Permata 7, Taman Permata, Ampang Jaya, 53300 Kuala Lumpur.
goldhand.my @ 2026 Berkuasa Tenaga Wilayah Resources SA0254407-P